Wednesday 23 December 2015

Assalamualaikum. 

So, ink kita guna hari ini ialah pale pink ye kawan2, mewakili mood saya yang okey hahahahah. Sekarang ni tengah cuti lagi, tapi dah nak habis dah pun. 10 atau 11 januari nanti sis daftar semester 3 ahak. waktu yang ada ni eloklah dimanfaatkan dengan menikmati kelajuan super wifi sekolah mak. 

okay, bawah ni well ehem(mohon abaikan kaki tu!).... of course that was me. sebelum ni tak pernah post gambar sebab lappy kosong takde apa. satu hapak gambar pun takde. yang tu background kat kolam uia ye kawan2 hahahhaha. kolam bentuk lencana uia haha lencana ke logo ke apa-apalah orang panggil. time tu dengan Ain, hmm kitorang buat apa eh time tu..? 

haihhh entahlah serius tak ingat tapi time tu ada urusan nak setelkan sama2. time tu awal2 semester, time di mana sis takde kawan rapat lagi. tu yang berkepit je dengan Ain hahahahha.
 

 hm nak letak gambar apa lagi haha. tak banyak gambar yang aku masukkan. sebagai penghujung semester 1 2015/2016, aku masukkan gambar ni jelah. assignment aku hahhaha.


hotel majestic ni aku yang lukis. sebahagian dari assignment and aku offer diri nak lukis haha. tak lawa pun tapi bolehlah. aku pun bukannya amik seni atau lukisan kejuruteraan.


 haaa, bangunan sultan sulaiman ni pulak Ida yang lukis. lawa kan sudut perspektif dia. budak LK nih tau hahaha. agak detailed berbanding aku punya. 

okey lah, setakat tu je. kalau ada soalan nak tanya pasal uia korang amat dialu-alukan untuk bertanya(walaupun aku sendiri tau aku takde follower, haihhh...) tapi tkpelah, aku memang jarang bukak blog. internet tkde.

so, bye!

No comments:

Post a Comment